PELUANG BERINFAQ DI JALAN ILMU AGAMA DENGAN PEMBINAAN 
MADRASAH DARUL HADIS DARSA SABAH (MDHS)


Jom rebut keberkatan berinfaq di jalan ilmu di

bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan

Setiap amalan di bulan ramadan digandakan 10 hingga 700 kali ganda.





BERWAQAF MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH



“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Surah Ali Imran – Ayat 92



Kami mengalu alukan tuan puan untuk bersama sama dalam usaha baik ini bagi menyiapkan pembinaan madrasah ini. Kami juga mendoakan kepada semua dermawan yang sudi membelanjakan hartanya untuk sumbangan madrasah kami, agar dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, jodoh yang baik, anak-anak yang soleh dan solehah serta rezeki yang berkat dan bertambah.



Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah ini diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Bin Haji Muhd Romli, yang mana  Madrasah asalnya terletak di Kuala Nerang Kedah. Perancangan bagi penubuhan Madrasah Darul Hadis Sabah ini adalah hasil daripada perlaksanaan pengajian Hadis 40 yang disampaikan oleh TG Syeikh Zainul Asri bermula tahun 2009 sehingga 2015



Susulan daripada pengajian ini, timbul kesedaran bagi membina sebuah Madrasah yang akan melahirkan ulamak di bumi borneo ini.


1.    Untuk melahirkan pelapis ulama’ yang belajar, mengembangkan dan menyebarluaskan hadis dan ilmu hadis seterusnya berusaha untuk melahirkan golongan Muhaddisin.

2.    Berusaha untuk memberi ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat.

3.    Berusaha memelihara sistem pengajian turas Hadis.

4.   Mengumpul dan mengembeling ulamak dan ilmuan Islam dalam dan luar negara  bagi memberi  kefahaman Islam yang sebenar berpaksikan al -Quran dan as-Sunnah.

1.    Memantapkan kecintaan umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah saw melalui institusi keilmuan, serta memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama membuat kebajikan dan amal jariah dengan cara  menyumbang tenaga, pemikiran  juga menginfaqkan harta atau wang zakat.


Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama meringankan kos pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah supaya  dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada hujung bulan Mei 2021. Projek pembinaan ini melibatkan keluasan tanah 0.25 ekar yang telah dibeli dan dimulakan daripada 23 Jun 2018. Silibus pelajaran yang kami terapkan kepada pelajar adalah berkonsepkan Tahfiz Banin dan Tahfiz Banat, syahadah Al Quran (Hafaz 30 juzuk Al Quran) dan Ribat A’lim. Semoga para pelajar yang tamat pengajian disini akan menjadi Ulamak Pewaris Nabi Di Bumi Borneo.





Boleh ikuti perkembangan semasa pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (MDHS) dengan follow fb pages Madrasah di sini : https://bit.ly/3adQRi9


Kini Madrasah masih di dalam fasa pertama iaitu pembinaan bagunan bagi pelajar lelaki . Selepas sudah siap, baru ke fasa ke dua iaitu bagi pelajar perempuan.


InsyaAllah jika pembinaan dapat disiapkan dalam tahun ini, kami akan mula buka pendaftaran untuk pelajar iaitu seramai 100 orang pelajar banin (lelaki) dan 100 orang pelajar banat (peremuan) . Pemilihan pelajar adalah secara terbuka iaitu kepada golongan yang miskin, asnaf, anak yatim dan lain-lain. Kos bagi menyiapkan Kompleks Banin Maahad Tahfiz Darul Hadis Sabah ini adalah sebanyak 4.8 Juta bagi pembinaan bagunanan lelaki dan wanita.  Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan atau mahu melihat sendiri tapak projek pembinaan boleh lah datang ke alamat Lorong Pasir Putih 16, Taman Pasir Putih, Putatan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah.


Sumbangan yang kami dapat  adalah 100% daripada sumbangan orang ramai dan penduduk setempat. Kami juga ada war-warkan di dalam kuliah surau atau masjid dan media sosial bagi mempercepatkan proses kutipan sumbangan. Kerana pihak kami tidak bernaung di mana-mana bawah Yayasan atau pertubuhan dan juga sumbangan tetap secara bulanan atau tahunan. Sebab itu, kami sangat berharap kepada semua yang mendapat maklumat ini sudi-sudilah untuk menyumbang walaupun nilainya sikit tapi disisi Allah ia adalah besar.



MARILAH KITA AMBIL PAHALA BERWAQAF DI DALAM BULAN RAMADAN


Dari Abu Hurairah RA, berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikanlah ganti kepada pemberi sedekah, manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”
(HR Bukhari dan Muslim).


" Yakinlah, bahawa rezeki semakin bertambah dengan bersedeqah "
" Apa yang kita punya adalah apa yang kita belanjakan ( infaq ) untuk akhirat kelak."


Kami mengajak tuan/puan untuk bersama-sama dapatkan peluang saham akhirat ini dengan memberi waqaf/sumbangan untuk kos pengurusan pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah ini.  Dengan bantuan ini, bermaksud kita telah membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu Al Quran dan Hadis, bertadarrus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikanBayangkan pahalanya berterusan untuk kita sekiranya mengambil peluang untuk berwaqaf. In sha allah, Allah akan balas semula dengan berlipat kali ganda di dunia mahupun di akhirat.





Jika anda mahu menjadi golongan seperti di atas.

Untuk terus berinfaq / waqaf, mohon dibacakan sekali akad waqaf seperti  dibawah :




"Saya dengan ini berwaqaf/menyumbang sebanyak (jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama (niat waqaf atas nama siapa) untuk kos pengurusan pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (MDHS)  kerana Allah Ta'ala"



Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus buat tranksaksi waqaf megikut kemampuan tuan puan yang ingin diberikan.



Untuk sumbangan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke no akaun di bawah 






BANK ISLAM

MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH
10016010101509


( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " MHDS " di bahagian

Reference Details/Payment Details.)




BAGAIMANA CARA MASUK SYURGA DENGAN PINTU SEDEKAH?



“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)


Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh lah hubungi pembantu Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (Putatan) dengan tekan link whatsapp dibawah


Sila tekan link whatsapp dibawah ini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Waqaf Pembinaan Fasa 2 Darul Hadis Sabah - NILAI RINGGIT KE BEKALAN AKHIRAT - RM 500
Waqaf Pembinaan Fasa 2 Darul Hadis - NILAI RINGGIT KE BEKALAN AKHIRAT - RM300
Waqaf Pembinaan Fasa 2 Darul Hadis Sabah - NILAI RINGGIT KE BEKALAN AKHIRAT - RM 100
Waqaf Pembinaan Fasa 2 Darul Hadis Sabah- NILAI RINGGIT KE BEKALAN AKHIRAT - RM 50
Waqaf Pembinaan Fasa 2 Darul Hadis Sabah- NILAI RINGGIT KE BEKALAN AKHIRAT - RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel darulhadiskk@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaMaahad Tahfiz Darul Hadis Sabah
No. Akaun10016010101509
Buka Bank Islam IB