PELUANG BERINFAQ DI JALAN ILMU AGAMA DENGAN PEMBINAAN
MADRASAH DARUL HADIS DARSA SABAH (MDHS)
Jom rebut keberkatan berinfaq di jalan ilmu demi melahirkan
generasi ulama' dan daie bagi kebaikan ummah.
BERWAQAF MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Surah Ali Imran – Ayat 92
Kami mengalu alukan tuan puan untuk bersama sama dalam usaha baik ini bagi menyiapkan pembinaan madrasah ini. Kami juga mendoakan kepada semua dermawan yang sudi membelanjakan hartanya untuk sumbangan madrasah kami, agar dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, jodoh yang baik, anak-anak yang soleh dan solehah serta rezeki yang berkat dan bertambah.
Madrasah Darul Hadis Sabah merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang ditubuhkan pada Januari 2015 di bawah Penasihat Utama Tuan Guru SYEIKH Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang berhasrat melahirkan para Ulamak yang menguasai Ilmu Al-Quran & Hadis Nabi SAW dan menjadi seorang pendakwah yang berkhidmat untuk Agama & Ummah terutamanya di Bumi Borneo
Berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS). Madrasah Darul Hadis Sabah juga mempunyai empat institusi beroperasi seperti Madrasah Darul Hadis Lil Banin (Lelaki), Madrasah Darul Hadis Lil Banat (Perempuan), Institusi Ribath dan Alim Darul Hadis dan Institusi Syahadah Quran Darul Hadis.
Menekankan Konsep Ta'lim dan Tarbiyah iaitu penekanan kepada Pendidikan Aqliyah & Ruhaniyah melalui :
1. Hafazan Al-Quran Sepenuh Masa
2. Amalan Qiyamullail Harian, Wirid dan Zikir, Solat Berjemaah, Khidmat Amal, Mau'izhah daripada Para Alim Ulamak, Puasa Sunat, Akhlak & Adab, Program Tarbiyah Seperti Usrah, Tamrin, Mukhayyam & Jaulah serta penekanan terhadap disiplin agama.
3. Mengikuti Pengajian Asas 'Ulum Diniyah :
- Ilmu Tajwid
- Ilmu Bacaan Kitab Jawi
- Ilmu Asas Matan Nahu Sorof (Matan Ajrumiyah)
- Ilmu Fardhu Ain
- Kuliah Hadis bersama Alim Ulamak (Sahih Bukhari & Sunan Tirmidzi)
4. Menghidupkan pendidikan dan tarbiyah ruhiyyah melalui khidmat amal di Maahad & penekanan konsep ta'awun dan penjagaan makan minum yang halal dan thoyyiba.
Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah ini diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Bin Haji Muhd Romli, yang mana Madrasah asalnya terletak di Kuala Nerang Kedah. Perancangan bagi penubuhan Madrasah Darul Hadis Sabah ini adalah hasil daripada perlaksanaan pengajian Hadis 40 yang disampaikan oleh TG Syeikh Zainul Asri bermula tahun 2009 sehingga 2015
Susulan daripada pengajian ini, timbul kesedaran bagi membina sebuah Madrasah yang akan melahirkan ulamak di bumi borneo ini.
1. Untuk melahirkan pelapis ulama’ yang belajar, mengembangkan dan menyebarluaskan hadis dan ilmu hadis seterusnya berusaha untuk melahirkan golongan Muhaddisin.
2. Berusaha untuk memberi ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat.
3. Berusaha memelihara sistem pengajian turas Hadis.
4. Mengumpul dan mengembeling ulamak dan ilmuan Islam dalam dan luar negara bagi memberi kefahaman Islam yang sebenar berpaksikan al -Quran dan as-Sunnah.
1. Memantapkan kecintaan umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah saw melalui institusi keilmuan, serta memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama membuat kebajikan dan amal jariah dengan cara menyumbang tenaga, pemikiran juga menginfaqkan harta atau wang zakat.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama meringankan kos pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah supaya dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada hujung bulan Mei 2021. Projek pembinaan ini melibatkan keluasan tanah 0.25 ekar yang telah dibeli dan dimulakan daripada 23 Jun 2018. Silibus pelajaran yang kami terapkan kepada pelajar adalah berkonsepkan Tahfiz Banin dan Tahfiz Banat, syahadah Al Quran (Hafaz 30 juzuk Al Quran) dan Ribat A’lim. Semoga para pelajar yang tamat pengajian disini akan menjadi Ulamak Pewaris Nabi Di Bumi Borneo.
Boleh ikuti perkembangan semasa pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (MDHS) dengan follow fb pages Madrasah di sini : https://bit.ly/3adQRi9
Kini Madrasah masih di dalam fasa pertama iaitu pembinaan bagunan bagi pelajar lelaki . Dalam masa yang sama sudah memasuki fasa ke 2 untuk pembinaan madrasah bagi pelajar wanita untuk membeli tanah dengan kos sebanyak RM 700K.
Tapak pembinaan fasa 2 iaitu madrasah bagi pelajar wanita yang kini masih dalam proses rata tanah dan pembagunannya di Kampung Sipanggil, Putatan, Sabah.
InsyaAllah jika pembinaan dapat disiapkan dalam tahun ini, kami akan mula buka pendaftaran untuk pelajar iaitu seramai 100 orang pelajar banin (lelaki) dan 100 orang pelajar banat (peremuan) . Pemilihan pelajar adalah secara terbuka iaitu kepada golongan yang miskin, asnaf, anak yatim dan lain-lain. Kos bagi menyiapkan Kompleks Banin Maahad Tahfiz Darul Hadis Sabah ini adalah sebanyak 4.8 Juta bagi pembinaan bagunanan lelaki dan wanita. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan atau mahu melihat sendiri tapak projek pembinaan boleh lah datang ke alamat Lorong Pasir Putih 16, Taman Pasir Putih, Putatan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah.
Sumbangan yang kami dapat adalah 100% daripada sumbangan orang ramai dan penduduk setempat. Kami juga ada war-warkan di dalam kuliah surau atau masjid dan media sosial bagi mempercepatkan proses kutipan sumbangan. Kerana pihak kami tidak bernaung di mana-mana bawah Yayasan atau pertubuhan dan juga sumbangan tetap secara bulanan atau tahunan. Sebab itu, kami sangat berharap kepada semua yang mendapat maklumat ini sudi-sudilah untuk menyumbang walaupun nilainya sikit tapi disisi Allah ia adalah besar.
Dari Abu Hurairah RA, berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikanlah ganti kepada pemberi sedekah, manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”
(HR Bukhari dan Muslim).
Untuk terus berinfaq / waqaf, mohon dibacakan sekali akad waqaf seperti dibawah :
" Saya dengan ini berwaqaf/menyumbang sebanyak ( Jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama ( niat waqaf atas nama siapa ) untuk kos pengurusan pembinaan Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (MDHS) kerana Allah swt "
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus buat tranksaksi waqaf megikut kemampuan tuan puan yang ingin diberikan.
MAAHAD TAHFIZ
DARUL HADIS SABAH
10016010101509
(Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " MDHS " di bahagian
Reference Details/Payment Details.)
Boleh jugak buat sumbangan infaq secara dalam talian. Pihak madrasah menggunakan servis Toyyibpay (FPX) sebagai third party bagi membolehkan beri sumbangan infaq/waqaf secara dalam talian.

“Orang
memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh
salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju
kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan
solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan
mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan
yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(HR. Bukhari no.3666,
Muslim no. 1027)
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh lah hubungi pembantu Madrasah Darul Hadis DarSA Sabah (Putatan) dengan tekan link whatsapp dibawah
Sila tekan link whatsapp dibawah ini.